nuffnang

Friday, June 25, 2010

Cara Anda Macam Mana?

Seperti mana yg ko orang sedia maklum, skrang kan musim World Cup. Bersengkang mata di tgh malam merupakan perkara biasa semata2x untuk tidak terlepas setiap perlawanan semasa piala dunia ni berlangsung. Aku sbnar nya pun bukan la minat sgt bola ni, tapi event2x mcm ni tiba 4 thn sekali. So, apa salah nya kalu aku layan sama dah alang2x aku pun tgh cuti semester n duduk kat kampung tak buat apa2x. Tapi yg sedih nya, tiap kali aku tgk bola dari kol 7 malam sampai la ke match yg kol 2.30 pagi tu, kebiasaannya aku akan tgk sorang2x. Cuma kadang2x je bapak or adik aku join. Memandangkan kebanyakkan match aku layan sorang2x. Jadi aku kena bekalkan stamina untuk mata aku. Aku tak tau ah ko orang buat mcm mana untuk dapat kan stamina untuk mata ko orang bertahan. Tapi aku ah, simple je. Ni tips2x nya

First..........


Bancuhkan "Nescafe 3 in 1" mcm paket kat atas ni. Dia ada mcm2x jenis. Ada yg paket merah, kuning, putih dan lain2x. Tapi aku prefer yg hijau ni coz rasa lbh pekat. Kalu aku, aku bancuh 2 paket terus then letak air panas. Mmg kaw ah rasa dia tapi mmg berkesan.


Second......

Dah alang2x bancuh air nescafe, tak lengkap kalu takde mende nak di cicah. Apa lagi, ambik je "Biskut Jagung a.k.a Cream Crackers" (aku suggest cap ping pong) then cicah dgn air nescafe yg panas2x tu. Pergh!!~ mmg berselera n bertambah stamina ah


Third.....

Selepas selesai semua preparation untuk tambah kan stamina untuk mata ko orang, bila start je game, sambar terus satu paket "Kacang Mengelembu" (aku suggest ambik cap tangan) layan sambil tgk bola. Tapi kalu ko orang takde kacang, ko orang blasah je apa2x mende yg boleh buat korang kunyah. Contohnya kerepek ubi ke, kuaci ke, mamee monster ke, haha. Janji korang kunyah n gerak kan otot2x muka korang.


Lastly.....





Perbanyakkan minum "Air Masak" untuk korang basahkan tekak and dalam masa yg sama, untuk hilangkan jajan2x yg terlekat di celah2x gigi korang tu. Nanti tersedak pulak nak bersorak gol.

Itulah serba sikit tips2x aku nak bagi kat korang untuk layan musim World Cup ni. Tapi aku rasa ah, kalu dah mmg hantu bola, takyah tips ni takpe coz mmg comfirm dia orang leh tahan punya. Aku bagi tips ni untuk golongan2x yg mcm aku ni yg tak minat mana sgt bola sepak.


Thursday, June 24, 2010

Na Na Na....Ganu Kite!!~

Aku ni, dari kecik sampai la ke bosor skrang, hidup aku mmg slalu berpindah randah. Mcm orang kaum nomad pun ada. Aku di lahir kan di KL, di besar kan di Terengganu, sambung belajar kat Selangor and family aku skrang ada kat Kedah. Nak wat mcm mana, dah nasib jadi anak orang kejer gomen (Kerja Kerajaan). Tapi orang kata, setiap penghijrahan itu mengajar kita erti hidup dan merapat kan silaturahim antara kita sesama manusia. Tp tu orang yg cakap ah. Bagi aku lak, setiap kali penghijrahan itu mengajar aku erti mengenal makanan yg pelbagai jenis yg akan di sumbat ke dalam perut aku ini. Tapi dalam byk2x food aku rasa di seluruh Malaysia ni kan, makanan dari Terengganu ah yg bertakhta di hati ku. Mana taknya, aku duduk Terengganu dari aku umo 7 thn sampai aku abis SPM. Maknanya almost 10 thn gak ah aku duduk sana. Even kad pengenalan aku pun alamat Terengganu kot. Mmmm.. tapi ari ni aku nak share ah kat korang, few dishes yg aku nak suggest kat korang kalu korang singgah sana ah (tak termasuk orang ganu ah...mu orang takyoh aku kabo dakpe..mmg mu orang leh makang sokmo doh..haha).


Ini namanya "Nasi Dagang". Nasi dagang ada kat 2 negeri iaitu kat Terengganu n Kelantan. Nama je sama, tapi rupanya tak sama pun. Kalu dah rupa pun tak sama, apatah lagi dgn rasanya. Tp nasi dagang Terengganu ni dia campur dua beras. Dia guna beras biasa n beras pulut. Tapi nasi ni kena kukus. Then dia makan bersama gulai ikan tongkol n acar timun. Makanan ni biasanya di makan time breakfast kat sana. Hebat kan org Terengganu. Pagi2x hari pun dah makan nasi. Kalu kat Terengganu, aku suggest untuk dapat kan nasi dagang, bleh di dapati di mejority gerai2x makanan jualan pagi2x. Tp kalu nak yg best, try ah g kat Chendering.

Yang ini pulak namanya "Kerepok Lekor". Cakap je pasal Terengganu, mmg org akan terbayang2x kerepok lekor. Mende alah ni hasil campuran tepung sagu dgn isi ikan. Pastu dia uli2x jadi panjang2x. Then dia goreng or rebus. Makan bersama sos lada (org Ganu cakap cuka kepok). Nak dapat kan kerepok lekor leh la lawat kat Losong.berderet2x kedai jual kepok lekor kat sana.

Roti ni nama nya "Roti Paun". Knp nama dia mcm tu pun aku tak tau. Yang penting roti ni sedap. Dalam dia ada mcm butter cair. Sedap di makan kalu di minum bersama air kopi. Perrghhhh!!.. mmg layan gila ah.

Seterusnya, makanan ni namanya "Pulut Lepa". Tp kalu kat KL ni, orang panggil dia pulut panggang. Lbh kurang je. Cuma kat sana dia pakai isi ikan berbanding kat KL dia pakai isi kelapa pedas yg sgt tak best. Dulu masa aku skolahkan, pakcik van aku ada jual mende alah ni. Siap ada buka mcm booth kat Ladang sana. Tp skrang mcm dah takde je, haha.

Last skali, ni nama dia "Nekbak". Pelik2x kan nama makanan kat Terengganu ni. So, korang jgn tanye aku apa maksud nama dia. Ntah2x, zaman jepun dulu2x lagi dia dah bagi kot. Mende alah ni sejenis dessert. Dia mcm kuih bauhulu, cuma dia dia rendam dgn air gula. Kalu time bulan puasa dulu2x, mak aku slalu buat. Pastu dia simpan dalam peti sejuk. Mmg terbaik ah.

So kawan2x, kalu singgah kat Terengganu tu, tolong ah makan kan makanan tu semua untuk aku k? Aku ni dah lama tak balik sana. Kempunan nak merasa makanan tu semua. Sob3x

Makanan Panggang...Nyum3x!!~

Kalu kita bercakap pasal makanan panggang, mesti kita terbayang ayam panggang ala2x mcm Kenny Rogers Roasters. Takpun kita terbayang mcm kambing panggang yg biasa orang arab makan dengan kebab or nasib arab. Nyum3x...best ooo. Tapi, hari ni aku taknak ah sharing pasal mende tu semua, coz bagi aku, kalu aku citer kat ko orang pasal mende ni pun, ko orang leh dapat sendiri makanan tu kat luar sana. Paling cikai pun, tiap2x minggu comfirm ada pasar malam kat area umah ko orang kan?? rembat je beli sekor ayam guling yg kena panggang ramai2x bersama kawan2x dia atas griller tu. Abis citer. Ni aku nak sharing. aku ada terbuka ah satu laman web ni. Dia orang citer pasal roasted food gak. Tapi makanan dia, Fuhhh!!~ mmg menjilat sehingga ke hujung jari kaki ah. Ko orang mesti suka punya sebab dia siap kasi platting mcm ala2x hotel 5-star punya. Ni aku sharing kat ko 4 jenis "daging panggang" yg ko orang mesti try. Sedap punya...btl2x Ho Liou ah...


Ini namanya "Kucing Panggang Madu"..Tomey!!(siap ada orang tolong serve lagi)

Ini "Katak Panggang Gaul Kunyit Di Hias Bersama Ulat Dan Daun Pudina"...Yummy!!~

Ini "Kebab Tikus Panggang" Ala2x Negara Timur Tengah

Ni paling spacial, "Kaki Manusia Panggang Yang Di Sertakan Bersama Kacang Panggang" (yg ni ah yg aku cakap.."Mmg menjilat sehingga ke hujung jari kaki ah"..haha)


Apa2x pun, kita kena ingat2x ah. Kat luar sana ada bermacam2x jenis makanan yg pelik di jual. Kita ni manusia yg Tuhan dah berikan akal fikiran untuk pikir mana baik buruk or lagi senang kita cakap, mana Halal and Haram setiap makanan. So, kawan2x, think before u eat. Jgn main bedal je nak makan tu k? Pikir2x kan lah

Monday, June 21, 2010

Ketam Bapok Besyor (Besar) !!~

Pada satu hari, di mana hari dia pun aku dah tak ingat. Tapi beberapa bulan sblm ni ah. aku telah di lawati kakak aku. Masa tu aku ada kat Shah Alam. Tiba2x, jeng3x...dia kata berkata kepada ku dalam bahasa kampung halaman-ku "Weh, mu makang dok lagi? Mu nak try makang ketam bapok besyor dok?aku ader ser tempat dekat area PJ nung", maksudnya..."Wahai adinda yg ku sayang, adinda sudah makan ke belum? Adinda nak cuba makan ketam yg sangat besar tak? Kanda tahu satu tempat di PJ". Aku pun apa lagi, dah orang pelawa, terus lompat masuk dalam kereta kakak aku.

So, bermula lah perjalanan aku dari Shah Alam ke PJ. Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya aku tiba di SS24 PJ. Restoran diberi nama Fatty Crab. Restaurant tu duduk dalam area cina coz aku tgk byk restorant cina kat sini. Cuak gak ah aku nak makan, skali aku tgk ramai gila pak arab dalam tu, melayu pun ada, cina ada, india pun ada. Mmg satu Malaysia ah. So aku memberani kan diri untuk masuk dan makan. Baru duduk, terus amoi cina sorang ni datang ambik order. Kakak aku buat order. Dia order ketam 1kg masak stim, jeruk telur masin, roti bakar, nasi goreng cina n special sos. Order punye la byk, tapi kedarah nya 2 orang je. Yang special-nya, dia siap bagi tukul tu, mcm makan dekat hotel 5-star. Abis licin kita orang makan...haha. So, sblm balik, mcm biasa ah, kena settle bil ah. Yg lagi terkejut, murah je kot. Tak sampai 50 ringgit kita orang makan byk2x tu. Lepas ni, aku nak ajak kawan2x aku lak g makan kat sana. Tapi bukan aku ah open table, mcm biasa ah. Makan tong-tong (sendiri bayar) ah...dah nama student life kan..huhu


Ketam yg 'bapok besyor' dari Fatty Crab


Ni la jeruk telur masin yg dimakan bersama hirisan halia...nyum2x


Makan ketam dgn tukul ala2x Hotel 5-Star

Diri Ku Dengan Dunia Blogger Ku!!~

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dgn izin-Nya, tanggal 21hb June 2010, berjaya jugak aku membuka blog walaupun mende ni dah berkurun berada dalam dunia IT ini. Tapi bagi aku ah, ini tak terlambat lagi untuk menceburi dalam dunia ber-beloger a.k.a (ikut sedap aku je cakap..haha). By the way, dunia ber-beloger ni, dah lama gak ah aku perhati, tapi aku pun tak paham ah, apa mende la main tulis2x blog ni. Tp thanks to "Kawan" sy sorang ni ah,dia dah introduce mende alah ni kat aku. Sebelum ni, aku agak kutuk2x ah dia, sebab dia selalu abaikan aku. Pantang aku ajak kuar minum or kuar jalan2x, mesti dia akan cakap..."Sy bz ah..tgh main blog ni..", tensen gak mula2x tu, last2x lepas aku menyelami dunia ini, akhirnya aku tau mende ni mmg menglagho (dalam bahasa melayu dia...melalaikan a.k.a berhantu). Apa2x pun, sy nak berterima kasih ke kawan sy ni kerana sudi mengajar aku cara bermain mende ni...hope dari masa ke masa, ko orang yg baca blog aku ni bleh ah bg komen2x yg membangun bagi memajukan diri aku dalam dunia blog ini...terima kasih...

Muka ku kebosanan tengah tunggu orang yg ajar aku cara buat blog ni

Gambar di ambik oleh orang yg ajar aku wat blog ni (cuba tgk jari dia...huhu~)