nuffnang

Monday, June 21, 2010

Ketam Bapok Besyor (Besar) !!~

Pada satu hari, di mana hari dia pun aku dah tak ingat. Tapi beberapa bulan sblm ni ah. aku telah di lawati kakak aku. Masa tu aku ada kat Shah Alam. Tiba2x, jeng3x...dia kata berkata kepada ku dalam bahasa kampung halaman-ku "Weh, mu makang dok lagi? Mu nak try makang ketam bapok besyor dok?aku ader ser tempat dekat area PJ nung", maksudnya..."Wahai adinda yg ku sayang, adinda sudah makan ke belum? Adinda nak cuba makan ketam yg sangat besar tak? Kanda tahu satu tempat di PJ". Aku pun apa lagi, dah orang pelawa, terus lompat masuk dalam kereta kakak aku.

So, bermula lah perjalanan aku dari Shah Alam ke PJ. Selepas 30 minit perjalanan, akhirnya aku tiba di SS24 PJ. Restoran diberi nama Fatty Crab. Restaurant tu duduk dalam area cina coz aku tgk byk restorant cina kat sini. Cuak gak ah aku nak makan, skali aku tgk ramai gila pak arab dalam tu, melayu pun ada, cina ada, india pun ada. Mmg satu Malaysia ah. So aku memberani kan diri untuk masuk dan makan. Baru duduk, terus amoi cina sorang ni datang ambik order. Kakak aku buat order. Dia order ketam 1kg masak stim, jeruk telur masin, roti bakar, nasi goreng cina n special sos. Order punye la byk, tapi kedarah nya 2 orang je. Yang special-nya, dia siap bagi tukul tu, mcm makan dekat hotel 5-star. Abis licin kita orang makan...haha. So, sblm balik, mcm biasa ah, kena settle bil ah. Yg lagi terkejut, murah je kot. Tak sampai 50 ringgit kita orang makan byk2x tu. Lepas ni, aku nak ajak kawan2x aku lak g makan kat sana. Tapi bukan aku ah open table, mcm biasa ah. Makan tong-tong (sendiri bayar) ah...dah nama student life kan..huhu


Ketam yg 'bapok besyor' dari Fatty Crab


Ni la jeruk telur masin yg dimakan bersama hirisan halia...nyum2x


Makan ketam dgn tukul ala2x Hotel 5-Star

No comments:

Post a Comment