nuffnang

Thursday, June 24, 2010

Na Na Na....Ganu Kite!!~

Aku ni, dari kecik sampai la ke bosor skrang, hidup aku mmg slalu berpindah randah. Mcm orang kaum nomad pun ada. Aku di lahir kan di KL, di besar kan di Terengganu, sambung belajar kat Selangor and family aku skrang ada kat Kedah. Nak wat mcm mana, dah nasib jadi anak orang kejer gomen (Kerja Kerajaan). Tapi orang kata, setiap penghijrahan itu mengajar kita erti hidup dan merapat kan silaturahim antara kita sesama manusia. Tp tu orang yg cakap ah. Bagi aku lak, setiap kali penghijrahan itu mengajar aku erti mengenal makanan yg pelbagai jenis yg akan di sumbat ke dalam perut aku ini. Tapi dalam byk2x food aku rasa di seluruh Malaysia ni kan, makanan dari Terengganu ah yg bertakhta di hati ku. Mana taknya, aku duduk Terengganu dari aku umo 7 thn sampai aku abis SPM. Maknanya almost 10 thn gak ah aku duduk sana. Even kad pengenalan aku pun alamat Terengganu kot. Mmmm.. tapi ari ni aku nak share ah kat korang, few dishes yg aku nak suggest kat korang kalu korang singgah sana ah (tak termasuk orang ganu ah...mu orang takyoh aku kabo dakpe..mmg mu orang leh makang sokmo doh..haha).


Ini namanya "Nasi Dagang". Nasi dagang ada kat 2 negeri iaitu kat Terengganu n Kelantan. Nama je sama, tapi rupanya tak sama pun. Kalu dah rupa pun tak sama, apatah lagi dgn rasanya. Tp nasi dagang Terengganu ni dia campur dua beras. Dia guna beras biasa n beras pulut. Tapi nasi ni kena kukus. Then dia makan bersama gulai ikan tongkol n acar timun. Makanan ni biasanya di makan time breakfast kat sana. Hebat kan org Terengganu. Pagi2x hari pun dah makan nasi. Kalu kat Terengganu, aku suggest untuk dapat kan nasi dagang, bleh di dapati di mejority gerai2x makanan jualan pagi2x. Tp kalu nak yg best, try ah g kat Chendering.

Yang ini pulak namanya "Kerepok Lekor". Cakap je pasal Terengganu, mmg org akan terbayang2x kerepok lekor. Mende alah ni hasil campuran tepung sagu dgn isi ikan. Pastu dia uli2x jadi panjang2x. Then dia goreng or rebus. Makan bersama sos lada (org Ganu cakap cuka kepok). Nak dapat kan kerepok lekor leh la lawat kat Losong.berderet2x kedai jual kepok lekor kat sana.

Roti ni nama nya "Roti Paun". Knp nama dia mcm tu pun aku tak tau. Yang penting roti ni sedap. Dalam dia ada mcm butter cair. Sedap di makan kalu di minum bersama air kopi. Perrghhhh!!.. mmg layan gila ah.

Seterusnya, makanan ni namanya "Pulut Lepa". Tp kalu kat KL ni, orang panggil dia pulut panggang. Lbh kurang je. Cuma kat sana dia pakai isi ikan berbanding kat KL dia pakai isi kelapa pedas yg sgt tak best. Dulu masa aku skolahkan, pakcik van aku ada jual mende alah ni. Siap ada buka mcm booth kat Ladang sana. Tp skrang mcm dah takde je, haha.

Last skali, ni nama dia "Nekbak". Pelik2x kan nama makanan kat Terengganu ni. So, korang jgn tanye aku apa maksud nama dia. Ntah2x, zaman jepun dulu2x lagi dia dah bagi kot. Mende alah ni sejenis dessert. Dia mcm kuih bauhulu, cuma dia dia rendam dgn air gula. Kalu time bulan puasa dulu2x, mak aku slalu buat. Pastu dia simpan dalam peti sejuk. Mmg terbaik ah.

So kawan2x, kalu singgah kat Terengganu tu, tolong ah makan kan makanan tu semua untuk aku k? Aku ni dah lama tak balik sana. Kempunan nak merasa makanan tu semua. Sob3x

1 comment: